Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY BAHASA ISYARAT

Memasang JW Library Bahasa Isyarat jika Anda Tidak Dapat Mengakses App Store​—Android

Memasang JW Library Bahasa Isyarat jika Anda Tidak Dapat Mengakses App Store​—Android

Jika anda tidak dapat memasang JW Library Bahasa Isyarat pada peranti Android anda daripada app store yang rasmi, seperti Google Play Store atau Amazon Appstore, anda boleh memasangnya secara manual dengan menggunakan pakej Android JW Library Bahasa Isyarat (APK).

Untuk memasang JW Library Bahasa Isyarat APK, anda mungkin perlu mengaktifkan tetapan “pasang aplikasi yang tidak dikenali” atau “izinkan pemasangan daripada sumber yang tidak dikenali” pada peranti anda. Untuk mengetahui caranya, rujuk arahan pada peranti Android anda.

Sila ikut langkah-langkah berikut untuk memuat turun dan memasang JW Library Bahasa Isyarat APK:

  1. Klik butang Muat Turun pada halaman ini untuk menyimpan fail APK pada peranti anda.

  2. Cari fail APK pada peranti anda dan tekan fail itu untuk memasang JW Library Bahasa Isyarat.

Selepas memasang JW Library Bahasa Isyarat APK, semak dari masa ke masa untuk melihat sama ada terdapat versi aplikasi yang baharu atau tidak. Untuk berbuat demikian, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Buka halaman Tetapan di JW Library Bahasa Isyarat untuk menyemak versi yang sudah dipasang pada peranti anda.

  2. Jika nombor versi pada peranti anda lebih kecil daripada nombor versi yang terdapat di bawah butang Muat Turun, muat turun dan pasang fail APK dengan menggunakan langkah-langkah yang dinyatakan di atas.

Versi: 5.1.2 (384897)