Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Soalan Lazim​—JW Library (iOS)

Soalan Lazim​—JW Library (iOS)

JW Library dapat digunakan dalam alat-alat yang mempunyai sistem operasi berikut:

  • Android 5.1 atau yang lebih baharu

  • iOS 12.0 atau yang lebih baharu

  • macOS dengan cip M1 atau yang lebih baharu

  • Windows 10 versi 1903 atau yang lebih baharu

Untuk pastikan JW Library kekal selamat dan berfungsi dengan baik, ada kalanya kami perlu ubah syarat minimum untuk menggunakan aplikasi ini. Jadi, kami cadangkan agar anda mengemas kini peralatan anda ke versi sistem operasi yang terkini. Jika anda tidak dapat mengemas kini peralatan anda ke versi minimum yang diperlukan, anda mungkin masih dapat gunakan aplikasi tersebut tetapi ia tidak akan mengandungi ciri-ciri terkini.

 

Bahasa baru akan ditambahkan secara berkala. Untuk melihat senarai bahasa yang tersedia bagi suatu bahan bacaan, sila tekan butang Bahasa.

Warna-warna itu melambangkan lapan kumpulan buku Bible yang dijelaskan dalam bahagian Pengenalan kepada Firman Tuhan, Soalan 19.

 

Fungsi asas JW Library adalah sama untuk semua pelantar. Namun, ciri-ciri baru dan kemas kini perisian untuk setiap pelantar mungkin dikeluarkan pada masa yang berlainan.

 

Ya. Anda boleh menyimpan nota, tag, penyerlah teks, bahan kegemaran, dan penanda buku anda di fail sandar. Fail ini boleh disimpan di alat elektronik yang sama atau berlainan.

 

Tidak. Buat masa sekarang, nota, tag, penyerlah teks, bahan kegemaran, dan penanda buku anda tidak boleh diselaraskan dengan alat elektronik lain.

 

Masalah: Selepas mengemaskinikan JW Library ke versi yang terbaharu, anda mungkin melihat mesej yang menyatakan bahawa nota dan penyerlah teks anda sudah hilang. Anda tidak nampak nota peribadi, tag, penyerlah teks, bahan kegemaran, dan penanda buku anda.

Penyelesaian: Versi aplikasi yang dikemaskinikan mungkin dapat membantu. Sila pasang versi seterusnya yang akan disediakan, dan ikut arahan di skrin untuk memulihkan nota dan penyerlah teks anda.

 

Seorang kawan yang biasa menggunakan JW Library mungkin dapat membantu anda. Jika tidak, sila hubungi pejabat cawangan kami yang terdekat.