Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JW LIBRARY

Soalan Lazim​—JW Library (Windows)

Soalan Lazim​—JW Library (Windows)

JW Library dapat digunakan dalam alat-alat yang mempunyai sistem operasi berikut:

  • Android 5.1 atau yang lebih baharu

  • iOS 12.0 atau yang lebih baharu

  • macOS dengan cip M1 atau yang lebih baharu

  • Windows 10 versi 1903 atau yang lebih baharu

Untuk pastikan JW Library kekal selamat dan berfungsi dengan baik, ada kalanya kami perlu ubah syarat minimum untuk menggunakan aplikasi ini. Jadi, kami cadangkan agar anda mengemas kini peralatan anda ke versi sistem operasi yang terkini. Jika anda tidak dapat mengemas kini peralatan anda ke versi minimum yang diperlukan, anda mungkin masih dapat gunakan aplikasi tersebut tetapi ia tidak akan mengandungi ciri-ciri terkini.

 

Bahasa baru akan ditambahkan secara berkala. Untuk melihat senarai bahasa yang tersedia bagi suatu bahan bacaan, sila tekan butang Bahasa.

Warna-warna itu melambangkan lapan kumpulan buku Bible yang dijelaskan dalam bahagian Pengenalan kepada Firman Tuhan, Soalan 19.

 

Fungsi asas JW Library adalah sama untuk semua pelantar. Namun, ciri-ciri baru dan kemas kini perisian untuk setiap pelantar mungkin dikeluarkan pada masa yang berlainan.

 

Ya. Anda boleh menyimpan nota, tag, penyerlah teks, bahan kegemaran, dan penanda buku anda di fail sandar. Fail ini boleh disimpan di alat elektronik yang sama atau berlainan.

 

Tidak. Buat masa sekarang, nota, tag, penyerlah teks, bahan kegemaran, dan penanda buku anda tidak boleh diselaraskan dengan alat elektronik lain.

 

Masalah: Selepas mengemaskinikan JW Library ke versi yang terbaharu, anda mungkin melihat mesej yang menyatakan bahawa nota dan penyerlah teks anda sudah hilang. Anda tidak nampak nota peribadi, tag, penyerlah teks, bahan kegemaran, dan penanda buku anda.

Penyelesaian: Versi aplikasi yang dikemaskinikan mungkin dapat membantu. Sila pasang versi seterusnya yang akan disediakan, dan ikut arahan di skrin untuk memulihkan nota dan penyerlah teks anda.

 

Jika ada masalah semasa muat turun fail audio atau video, cuba langkah-langkah berikut untuk pastikan bahawa tetapan bagi pustaka Video dan Muzik di Windows adalah betul dan dipilih di JW Library.

  1. Buka Penjelajah Fail (File Explorer) di Windows, klik tab Lihat (View), kemudian klik menu Anak tetingkap navigasi (Navigation pane) dan pilih Tunjuk pustaka (Show libraries).

  2. Pada anak tetingkap kiri, cari dan kembangkan Pustaka (Libraries).

  3. Anda sepatutnya melihat folder Muzik dan Video. Jika tiada, klik kanan pada Pustaka (Libraries), kemudian pilih Ambil semula perpustakaan lalai (Restore default libraries).

  4. Klik kanan pada folder Video, klik Sifat (Properties), dan perhatikan folder di bawah Lokasi pustaka (Library locations). Nanti, anda akan pastikan lokasinya sama dalam tetapan JW Library. Kemudian klik Pulihkan Lalai (Restore Defaults).

  5. Klik kanan pada folder Muzik, klik Sifat (Properties), dan perhatikan folder di bawah Lokasi pustaka (Library locations). Nanti, anda akan pastikan lokasinya sama dalam tetapan JW Library. Kemudian klik Pulihkan Lalai (Restore Defaults).

Akhir sekali, sila ikut langkah-langkah berikut untuk pastikan bahawa pustaka Video dan Muzik dipilih dalam tetapan JW Library:

  1. Buka JW Library, dan klik butang Tetapan (Settings).

  2. Dalam Tetapan (Settings), pastikan bahawa lokasi dalam Muat turun program audio ke (Download audio programs to) sama dengan lokasi pustaka Muzik yang anda perhatikan tadi dalam Penjelajah Fail (File Explorer). Pastikan bahawa lokasi dalam Muat turun video ke (Download videos to) sama dengan lokasi pustaka Video yang anda perhatikan tadi dalam Penjelajah Fail (File Explorer).

Jika anda masih tidak dapat muat turun fail audio atau video, sila pastikan anda memiliki kebenaran untuk simpan fail ke folder Muzik dan Video dengan cipta fail baharu dalam setiap folder tersebut. Untuk maklumat lanjut, lihat bahagian bantuan di laman Microsoft atau minta bantuan daripada seorang kawan yang mahir menggunakan Windows.

 

Seorang kawan yang biasa menggunakan JW Library mungkin dapat membantu anda. Jika tidak, sila hubungi pejabat cawangan kami yang terdekat.