Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

LAMAN WEB JW.ORG

Layari JW.ORG pada Alat Mudah Alih

Layari JW.ORG pada Alat Mudah Alih

Semua halaman dan ciri laman web yang terdapat pada skrin penuh komputer juga terdapat pada telefon pintar atau tablet. Namun, susunan menu dan skrin pada alat mudah alih yang berskrin kecil adalah berbeza agar pengguna dapat melayari laman web dengan sebaik-baiknya. Tip dalam rencana ini akan membantu anda mencari bahan-bahan yang diperlukan di jw.org.

 Gunakan menu dalam alat mudah alih

Pada skrin penuh, bahagian utama dipaparkan secara mendatar di bahagian atas skrin, dan menu tambahan dipaparkan di bahagian atas skrin apabila anda pilih suatu bahagian utama.

Namun, pada alat mudah alih yang berskrin kecil, semua menu dipaparkan secara menegak dan disembunyikan sewaktu tidak digunakan. Dengan itu, skrin mempunyai ruang untuk memaparkan kandungan web.

  • Tekan butang Menu untuk sembunyikan atau paparkan menu. Pilih nama suatu bahagian untuk melihat bahagian itu.

  • Tekan butang Kembangkan untuk melihat menu tambahan di bahagian tertentu. Pilih nama menu tambahan untuk pergi ke halaman yang diingini.

  • Tekan butang Runtuhkan untuk sembunyikan menu tambahan di bahagian tertentu.

  • Tekan butang JW.ORG untuk kembali ke laman utama.

  • Tekan butang Bahasa untuk paparkan senarai bahasa yang ada.

  • Tekan butang Cari untuk mencari bahan dengan menggunakan ciri Cari.

 Cari rencana atau bab dalam bahan terbitan tertentu

Pada skrin penuh, senarai kandungan sentiasa dipaparkan semasa anda membaca rencana atau bab suatu bahan terbitan. Namun, pada alat mudah alih yang berskrin kecil, senarai kandungan disembunyikan.

  • Tekan butang Tunjukkan Panel untuk paparkan senarai kandungan. Pilih suatu tajuk untuk paparkan rencana atau bab.

  • Tekan butang Sebelumnya untuk paparkan rencana atau bab yang sebelumnya.

  • Tekan butang Seterusnya untuk paparkan rencana atau bab yang seterusnya.

  • Tekan butang Sembunyikan Panel untuk sembunyikan senarai kandungan dan terus membaca rencana atau bab yang dipilih.

 Gunakan Bible dalam talian

Pergi ke PERPUSTAKAAN > BIBLE DALAM TALIAN dan pilih sebuah Bible. Atau tekan pautan Baca Bible dalam Talian di laman utama. Perhatian: Lihat rencana “Gunakan Alkitab Edisi Pelajaran” dalam bahasa Indonesia, jika anda menggunakan Kitab Suci Terjemahan Dunia Baru (Edisi Pelajaran) dalam bahasa Indonesia.

Di senarai Tunjukkan, pilih sebuah buku Bible dan bab, kemudian tekan butang OK.

  • Tekan butang Tunjukkan Panel untuk melihat senarai kandungan Bible, termasuk bahagian pendahuluan dan lampiran.

  • Tekan butang Sebelumnya untuk paparkan bab yang sebelumnya.

  • Tekan butang Seterusnya untuk paparkan bab yang seterusnya.

  • Tekan butang Sembunyikan Panel untuk sembunyikan senarai kandungan Bible.

 Dengar rakaman audio sebuah rencana

Jika terdapat rakaman audio bagi rencana yang sedang anda baca, Bar Audio akan dipaparkan.

  • Tekan butang Main untuk mulakan rakaman audio.

  • Tekan butang Jeda untuk menghentikan rakaman audio buat seketika. Tekan butang Main sekali lagi untuk sambung main rakaman audio.

  • Seret Penunjuk Main ke depan atau belakang untuk mainkan bahagian lain rakaman audio tersebut.

Jika anda mainkan rakaman audio sambil menggerakkan rencana ke bawah, Bar Audio akan sentiasa berada di Bar Menu. Dengan ini, anda dapat hentikan sejenak atau sambung main audio sambil mengikuti pembacaan dalam rencana.