25 SEPTEMBER 2023
ROMANIA
Konvensyen Bersemuka yang Pertama dalam Bahasa Romany (Romania)
Pada 1-3 September 2023, saudara saudari dari seluruh kawasan Eropah telah menghadiri Konvensyen Serantau “Teruslah Bersabar!” dalam bahasa Romany (Romania). Sebelum ini, konvensyen dalam bahasa Romany yang lain pernah diadakan, tetapi inilah kali pertama konvensyen bagi bahasa Romany (Romania) diadakan secara bersemuka. Sejumlah 1,353 hadirin dari Austria, Belgium, Great Britain, Itali, Jerman, Moldova, Perancis, dan Romania telah berkumpul di Dewan Perhimpunan Turda di Romania untuk acara ini. Terdapat 26 saudara saudari yang telah dibaptis.
Saudara Gage Fleegle, seorang ahli Badan Pimpinan, telah menyampaikan ceramah terakhir bagi setiap hari konvensyen. Dalam ceramahnya, Saudara Fleegle menyebut tentang perpaduan istimewa yang dinikmati umat Tuhan hari ini. Dia juga menggalakkan semua yang hadir untuk terus menyembah Yehuwa dengan bersatu padu dan penuh kesabaran. Selain hadirin di konvensyen bahasa Romany (Romania), terdapat hampir 900 orang lagi yang mendengar ceramah terakhir bagi setiap hari konvensyen menerusi persidangan video. Mereka merupakan hadirin bagi konvensyen bahasa Romania dan Bahasa Isyarat Romania yang diadakan di lokasi lain.
Seorang saudara yang menuturkan bahasa Romany (Romania) menjelaskan, “Kami tidak akan melupakan pengalaman ini! Kami dapat mendengar program konvensyen dalam bahasa ibunda kami. Ini berkat yang sangat istimewa daripada Yehuwa!” Iraklis Exarcheas, seorang penyelia litar yang berbahasa Romany (Romania) kata, “Saya yakin konvensyen ini telah menyentuh hati dan minda para hadirin yang menggunakan bahasa Romany (Romania). Jelas sekali, Tuhan sangat mengasihi orang daripada pelbagai latar belakang. Hadiah ini sungguh menakjubkan!”
Kita bergembira bersama saudara saudari kita yang menuturkan bahasa Romany (Romania) kerana dapat dididik oleh Yehuwa dan memuji-Nya semasa konvensyen ini.—Mazmur 26:12.