Lompat ke kandungan

25 OKTOBER 2021
ZAMBIA

Bible Dikeluarkan dalam Bahasa Lunda

Bible Dikeluarkan dalam Bahasa Lunda

Pada 16 Oktober 2021, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Lunda telah dikeluarkan dalam format digital. Bible itu dikeluarkan semasa program istimewa yang disiarkan kepada penyiar di tiga negara Afrika. Salinan bercetak akan tersedia bermula pada Februari 2022.

Saudara Emmanuel Chiposa, ahli Jawatankuasa Cawangan Zambia, telah mengeluarkan Bible ini dalam sebuah ceramah yang dirakam sebelum program. Ceramah itu telah disiarkan untuk para hadirin di Angola, Republik Demokratik Congo, dan Zambia.

Orang yang menuturkan bahasa Lunda biasanya menanam jagung, ubi kayu, dan keledek untuk menyara keluarga mereka. Di Zambia, mereka tinggal berdekatan Sungai Zambezi yang terkenal, iaitu sungai keempat terbesar di Afrika selepas Sungai Nil, Congo, dan Niger. Saksi-Saksi Yehuwa mula menginjil kepada orang yang berbahasa Lunda sejak 1930-an dan menterjemahkan bahan bacaan dalam bahasa itu pada 2003.

Pada September 2019, kumpulan penterjemah bahasa Lunda telah berpindah ke pejabat terjemahan yang baru dibina. Hasilnya kerja terjemahan dapat dilakukan dengan lebih baik kerana para penterjemah mempunyai sambungan Internet yang stabil dan juga keperluan lain.

Pejabat terjemahan yang baharu terletak di Mwinilunga, Zambia

Selama bertahun-tahun, para penyiar terpaksa bergantung pada Bible mahal yang susah dicari dan yang menggunakan bahasa kuno. Namun Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Lunda adalah lebih jelas dan senang untuk difahami. Contohnya, Bible bahasa Lunda yang dahulu menggunakan bentuk jamak untuk perkataan “keturunan” di Kejadian 3:15. Istilah ini menyebabkan para penyiar rasa susah untuk menjelaskan bahawa nubuat itu hanya merujuk kepada Yesus. Namun dalam Terjemahan Dunia Baharu bahasa Lunda, bentuk tunggal telah digunakan bagi istilah itu.

Pengeluaran Bible ini membuat para penterjemah sangat gembira. Salah seorang daripada mereka berkata, “Saya yakin apabila orang membaca terjemahan Bible ini, mereka akan semakin menghampiri Yehuwa, Pencipta mereka.”

Bible Terjemahan Dunia Baharu bahasa Lunda ini merupakan bukti bahawa Yehuwa mengasihi orang daripada pelbagai bangsa. Bible ini akan membantu umat Yehuwa untuk terus menyebarkan berita Kerajaan Tuhan “sampai ke hujung bumi.”—Roma 10:18.