Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADIKAN MURID

PELAJARAN 11

Mudah Difahami

Mudah Difahami

Prinsip: ‘Ucapkan kata-kata yang mudah difahami.’​—1 Kor. 14:9.

Apa yang Yesus Buat

1. Lihat VIDEO, atau baca Matius 6:​25-27. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1.    Bagaimanakah Yesus menggambarkan keprihatinan Yehuwa terhadap kita?

  2.   Walaupun Yesus tahu banyak fakta tentang burung, apakah maklumat yang mudah difahami yang dikongsinya? Mengapakah cara itu berkesan?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Apabila kita mengajar dalam cara yang mudah difahami, orang akan ingat apa yang kita ajar dan kita dapat menyentuh hati mereka.

Tirulah Yesus

3. Jangan cakap terlalu banyak. Daripada mengongsi semua yang anda tahu tentang suatu topik, bertumpulah kepada kandungan dalam bahan pembelajaran. Selepas tanya soalan, tunggulah jawapan pelajar dengan sabar. Jika dia tidak tahu jawapannya atau memberikan pandangan yang tidak selaras dengan ajaran Bible, gunakanlah soalan tambahan untuk membantunya mencapai kesimpulan yang betul. Jika pelajar anda sudah memahami isi utama, maju ke bahagian seterusnya.

4. Kaitkan ajaran baharu dengan apa yang sudah diketahui pelajar. Sebagai contoh, sebelum memulakan pembelajaran tentang pembangkitan, anda boleh ulang kaji secara ringkas apa yang sudah dipelajarinya tentang keadaan orang mati.

5. Guna perumpamaan dengan bijak. Sebelum menggunakan suatu perumpamaan, tanyalah diri,

  1.    “Adakah perumpamaan saya mudah?”

  2.   “Adakah pelajar saya senang memahaminya?”

  3.   “Adakah pelajar saya dibantu untuk ingat isi utama, dan bukan perumpamaan itu sahaja?”