BUAT KUNJUNGAN
PELAJARAN 8
Kesabaran
Prinsip: “Kasih itu sabar.”—1 Kor. 13:4.
Apa yang Yesus Buat
1. Lihat VIDEO, atau baca Yohanes 7:3-5 dan 1 Korintus 15:3, 4, 7. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:
Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?
2. Kita perlu bersabar kerana sesetengah orang memerlukan lebih banyak masa untuk menerima berita baik.
Tirulah Yesus
3. Cuba kaedah yang berbeza. Jika seseorang tidak segera menerima pembelajaran Bible, jangan paksanya. Apabila sesuai, gunakan video atau rencana yang dapat membantunya memahami apa yang berlaku semasa pembelajaran Bible dan manfaat yang dapat diraihnya.
4. Jangan buat perbandingan. Setiap orang berbeza. Jika seorang ahli keluarga atau kunjungan kembali ragu-ragu untuk belajar Bible atau menerima suatu ajaran Bible, fikirkan sebabnya. Adakah dia berasa susah untuk meninggalkan suatu kepercayaan agamanya? Adakah dia mengalami tekanan daripada saudara-mara atau jiran? Berilah dia masa untuk memikirkan tentang apa yang anda kongsikan dan manfaat ajaran Bible itu.
5. Berdoa untuk orang yang menunjukkan minat. Mohonlah Yehuwa agar anda tetap positif dan bertindak bijak. Berdoalah untuk daya pertimbangan supaya anda tahu bila seseorang benar-benar tidak berminat dan bila anda harus berhenti mengunjunginya.—1 Kor. 9:26.