Contohilah Yesus
BERBELAS KASIHAN
Biarpun Yesus sempurna dan tidak pernah mengalami kesusahan dan cabaran yang dialami oleh umat manusia, dia masih sangat prihatin terhadap kita. Dia sudi membantu kita meskipun dia tidak perlu berbuat demikian. Ya, sifat belas kasihan menggerakkannya untuk membantu orang. Renungkanlah teladan baiknya di Bab 32, 37, 57, 99.
MUDAH DIDEKATI
TEKUN BERDOA
Yesus selalu berdoa kepada Bapanya dengan bersungguh-sungguh. Dia berdoa apabila dia bersendirian dan di hadapan para pengikutnya yang setia. Dia berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja, bukan hanya pada waktu makan. Dalam doanya, dia mengucapkan syukur, memberikan pujian, dan meminta bimbingan daripada Bapanya sebelum membuat keputusan penting. Pertimbangkanlah teladan baiknya di Bab 24, 34, 91, 122, 123.
TIDAK MEMENTINGKAN DIRI
SUKA MENGAMPUNI
BERSEMANGAT
Meskipun nubuat Bible menyatakan bahawa kebanyakan orang Yahudi tidak akan menerima Mesias dan mahu membunuhnya, Yesus masih menyokong ibadat sejati dengan bersemangat. Kita patut mencontohinya apabila kita menghadapi tentangan dan menerima sambutan yang dingin. Bacalah tentang hal ini di Bab 16, 72, 103.
RENDAH HATI
Yesus ialah manusia yang sempurna, maka dia mempunyai kebolehan mental dan fizikal yang jauh lebih baik daripada semua orang. Dia juga mempunyai lebih banyak pengetahuan dan lebih bijaksana daripada semua orang. Meskipun demikian, dia sentiasa bersikap rendah hati. Marilah kita membaca teladannya di Bab 10, 62, 66, 94, 116.