Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

23-29 Disember

MAZMUR 119:​121-176

23-29 Disember

Lagu 31 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Cara untuk Elak daripada Mengundang Masalah

(10 min.)

Kasihilah perintah Tuhan Yehuwa (Mz 119:127; w18.06 17 ¶5-6)

Bencilah perbuatan yang jahat (Mz 119:128; w93-E 4/15 17 ¶12)

Dengarlah cakap Yehuwa dan elak situasi yang mungkin mengundang masalah (Mz 119:​130, 133; Ams 22:3)

TANYALAH DIRI, “Apakah perubahan yang harus saya lakukan supaya saya dapat lebih mengasihi perintah Tuhan atau membenci kejahatan?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 119:160​—Selaras dengan ayat ini, kita harus yakin akan apa? (w23.01 2 ¶2)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. (lmd pelajaran 1 poin 5)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Tunjuk dia cara untuk mencari maklumat yang dia minat di jw.org. (lmd pelajaran 8 poin 3)

6. Jadikan Murid

(5 min.) Perbincangan dengan seorang pelajar Bible yang tidak menghadiri perjumpaan secara tetap. (lmd pelajaran 12 poin 4)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 121

7. Elak Sikap Cinta akan Wang agar Tidak Mengundang Masalah

(15 min.) Perbincangan.

Orang yang mencintai wang “menikam diri dengan banyak kesakitan.” (1Ti 6:​9, 10) Berikut ialah beberapa masalah yang mungkin menimpa kita jika kita membiarkan sikap ini menguasai hidup kita.

  • Kita tidak dapat memupuk hubungan yang erat dengan Yehuwa.​—Mt 6:24

  • Kita tidak akan berpuas hati.​—Pkh 5:10

  • Kita lebih mudah terjerat dengan perbuatan salah seperti menipu, mencuri, dan memperdaya orang. (Ams 28:20) Jika kita terlibat dalam perbuatan jahat, hati nurani kita akan rasa bersalah, reputasi kita akan tercemar, dan kita akan kehilangan perkenan Tuhan

Baca Ibrani 13:​5, dan kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah pandangan yang harus kita pupuk terhadap wang supaya dapat elak daripada mengundang masalah, dan mengapa?

Walaupun kita tidak mencintai wang, kita mungkin mengundang masalah jika kita tidak mengurus wang dengan baik.

Mainkan ANIMASI PAPAN PUTIH Cara Mengurus Wang Kamu. Kemudian tanya hadirin:

  • Mengapakah kita perlu membuat bajet, dan apakah caranya?

  • Mengapakah penting untuk simpan sedikit wang?

  • Mengapakah bijak untuk elak hutang yang tidak diperlukan?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 101 dan Doa