Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”

2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”

BIBLE KATA: “Segala yang tertulis sejak dahulu lagi ditulis untuk mengajar kita, supaya kita memiliki harapan kerana Ayat-Ayat Suci melegakan hati kita dan membantu kita bertabah hati.”​—ROMA 15:4.

Maksudnya

Kata-kata Bible yang melegakan hati dapat memberi kita kekuatan dan ketabahan yang diperlukan untuk melawan fikiran yang negatif. Bible juga memberi kita harapan bahawa penderitaan emosi akan dilenyapkan tidak lama lagi.

Manfaatnya untuk Kita

Kita semua akan berasa susah hati dari masa ke masa, tetapi orang yang menghadapi masalah kemurungan atau keresahan mungkin menderita secara emosi setiap hari. Bagaimanakah Bible dapat membantu mereka?

  • Bible mengandungi banyak hal positif yang dapat kita fikirkan. (Filipi 4:8) Apabila kita mengisi minda kita dengan hal-hal yang melegakan dan menenangkan, kita dapat mengawal emosi kita dan melawan fikiran yang negatif.​—Mazmur 94:18, 19.

  • Bible dapat membantu kita supaya tidak lagi berfikir bahawa kita tidak bernilai.​—Lukas 12:6, 7.

  • Terdapat banyak ayat Bible yang meyakinkan kita bahawa kita tidak keseorangan, dan bahawa Tuhan yang menciptakan kita faham sepenuhnya perasaan kita.​—Mazmur 34:18; 1 Yohanes 3:19, 20.

  • Bible berjanji bahawa Tuhan akan melenyapkan kenangan pahit. (Yesaya 65:17; Wahyu 21:4) Semasa fikiran dan emosi kita terganggu, janji ini dapat menguatkan kita untuk bertabah.