Tuhan Prihatin terhadap Anda
BIBLE mengandungi nasihat yang terbaik bagi kita. Buku ini bukanlah panduan penjagaan kesihatan, tetapi nasihatnya yang praktikal dapat membantu kita menangani masalah yang merunsingkan, fikiran yang terganggu, emosi yang terluka, dan isu kesihatan fizikal dan mental.
Yang terpenting, Bible meyakinkan kita bahawa Pencipta kita, Tuhan Yehuwa, a jauh lebih memahami fikiran dan perasaan kita berbanding orang lain. Dia sangat ingin membantu kita menangani masalah yang kita hadapi. Perhatikan apa yang dikatakan dalam dua ayat Bible ini:
“Yehuwa dekat dengan orang yang remuk hati; Dia menyelamatkan orang yang tawar hati.”—MAZMUR 34:18.
“Aku, Yehuwa, Tuhanmu, memegang tangan kananmu dan berfirman kepadamu, ‘Janganlah takut. Aku akan menolongmu.’”—YESAYA 41:13.
Namun, bagaimanakah Yehuwa membantu kita menangani masalah kesihatan mental? Semasa membaca rencana-rencana seterusnya, anda akan sedar bahawa Yehuwa benar-benar mengambil berat terhadap kita dan membantu kita dalam pelbagai cara.
a Yehuwa ialah nama Tuhan.—Mazmur 83:18.