Anda Boleh Menjadi Bijak!
“Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.” (2 Timotius 3:16) Dalam ayat ini, perkataan “diilhami” bermaksud Tuhan Yang Maha Kuasa menyampaikan fikiran-Nya kepada penulis Bible.
Tuhan Menjemput Anda Meraih Manfaat daripada Kebijaksanaan-Nya
“Aku, Yehuwa, . . . mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu. Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh. Alangkah baiknya jika kamu memperhatikan perintah-Ku! Jika demikian, kedamaian kamu akan menjadi seperti sungai, dan perbuatan baik kamu akan menjadi seperti ombak laut.”—YESAYA 48:17, 18.
Anggaplah kata-kata ini sebagai jemputan peribadi daripada Tuhan. Dia mahu anda mempunyai ketenangan jiwa dan menikmati kebahagiaan sejati buat selama-lamanya, dan Dia akan membantu anda untuk memperolehnya.
Anda Dapat Mempelajari Kebijaksanaan Tuhan
“Berita baik harus disebarkan kepada semua bangsa.”—MARKUS 13:10.
“Berita baik” ini merangkumi janji-janji Yehuwa untuk mengakhiri penderitaan, menjadikan bumi sebuah Firdaus, dan membangkitkan orang tersayang kita. Saksi-Saksi Yehuwa sedang menyebarkan mesej yang berdasarkan Bible itu di serata dunia.