Ingatkah Anda?
Ingatkah Anda?
Sudahkah anda membaca isu-isu majalah pembelajaran yang lepas dengan teliti? Lihatlah sama ada anda dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:
Adakah rambut Simson memberinya kekuatan?
Rambut Simson tidak memberinya kekuatan. Sebaliknya, rambut Simson melambangkan hubungannya yang istimewa dengan Yehuwa sebagai orang Nazir. Tuhanlah sumber kekuatannya. Hubungan Simson dengan Tuhan terjejas semasa rambutnya dipotong.—4/15, muka 9.
Seperti kesihatan fizikal kita, apakah tiga faktor yang mempengaruhi hati kiasan kita?
(1) Khasiat. Badan kita perlu mendapat khasiat yang mencukupi. Begitu juga, kita memerlukan makanan rohani berkhasiat yang mencukupi. (2) Senaman. Kita dapat menjaga kesihatan hati kiasan apabila kita meningkatkan usaha untuk menyertai kerja penyebaran dengan bersungguh-sungguh. (3) Persekitaran. Kita boleh mengurangkan tekanan dengan bergaul bersama saudara saudari yang mengambil berat terhadap kita.—4/15, muka 16.
Semasa menyampaikan ceramah pengebumian, mengapakah Mazmur 116:15 tidak sesuai digunakan bagi seorang saudara atau saudari yang telah meninggal?
Ayat ini menyatakan, ‘Yehuwa sangat sedih apabila orang yang setia kepada-Nya mati.’ Ini bermaksud umat Tuhan sangat berharga di mata-Nya dan Dia tidak akan mengizinkan semua umat-Nya yang setia untuk mati. Maka, ayat ini tidak merujuk kepada mana-mana individu, sebaliknya merujuk kepada segenap hamba Tuhan. Dia tidak akan mengizinkan mereka dilenyapkan dari muka bumi.—5/15, muka 22.
Siapakah para peneraju?
Selepas tahun 1931, istilah “peneraju,” atau colporteur, diganti dengan istilah “perintis.”—5/15, muka 31.
Siapakah yang dilambangkan oleh ungkapan “semua kerajaan ini” di Daniel 2:44 (NW)?
Ungkapan itu merujuk kepada kerajaan-kerajaan yang digambarkan oleh patung besar dalam nubuat Daniel.—6/15, muka 17.
Menurut nubuat Bible, bilakah kuasa Inggeris Amerika menjadi kuasa dunia yang ketujuh?
Gabungan kuasa dunia ini mula wujud semasa Perang Dunia I apabila hubungan rapat antara Inggeris dan Amerika menjadi ketara.—6/15, muka 19.