Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TOPIK UTAMA | INGINKAH ANDA BELAJAR BIBLE?

Mengapa Belajar Bible?

Mengapa Belajar Bible?
  • Apakah tujuan hidup kita?

  • Mengapakah orang menderita dan mati?

  • Apakah yang bakal berlaku pada masa depan?

  • Adakah Tuhan mengambil berat tentang saya?

Pernahkah anda berfikir tentang soalan-soalan seperti di atas? Jika ya, anda tidak keseorangan. Ramai orang di serata dunia juga terfikir tentang soalan-soalan sebegini. Dapatkah anda mencari jawapannya?

Jutaan orang telah menjumpai jawapan yang memuaskan dalam Bible. Inginkah anda mengetahui apa yang terkandung dalam Bible? Anda dialu-alukan untuk belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. *

Mengenai pembelajaran Bible, sesetengah orang berkata, “Saya terlalu sibuk,” atau, “Bible terlalu susah untuk difahami.” Yang lain pula tidak mahu mempunyai komitmen untuk belajar Bible secara tetap. Tetapi, ada yang mempunyai pandangan yang berbeza dan mereka sudi belajar Bible. Lihatlah beberapa contoh berikut:

  • “Saya pergi ke gereja Katolik dan Protestan, tempat ibadat agama Sikh dan Buddha, serta belajar tentang keagamaan di universiti. Namun kebanyakan soalan rohani saya tidak terjawab. Kemudian salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa datang ke rumah saya. Saya kagum dengan jawapannya yang berdasarkan Bible. Jadi saya setuju untuk belajar Bible.”—Gill, England.

  • “Saya ada banyak soalan tentang hidup, tetapi jawapan daripada paderi tidak memuaskan. Namun, salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa menjawab soalan saya hanya dengan menggunakan Alkitab. Apabila dia bertanya jika saya ingin belajar lebih lanjut, saya setuju.”—Koffi, Benin.

  • “Saya ingin tahu tentang keadaan orang mati. Walaupun saya percaya bahawa orang mati dapat mencederakan orang yang masih hidup, saya mahu tahu apa yang dikatakan dalam Bible. Jadi saya belajar Bible dengan seorang kawan yang merupakan Saksi-Saksi Yehuwa.”—José, Brazil.

  • “Saya membaca Bible tetapi tidak memahaminya. Kemudian Saksi-Saksi Yehuwa datang dan menjelaskan beberapa nubuat Bible. Saya berminat untuk mengetahui apa lagi yang boleh saya pelajari.”—Dennize, Mexico.

  • “Saya tertanya-tanya jika Tuhan mengambil berat tentang saya. Jadi saya berdoa kepada Tuhan yang disebut dalam Bible. Pada keesokan harinya, Saksi-Saksi Yehuwa mengetuk pintu saya dan saya setuju untuk belajar Bible.”—Anju, Nepal.

Memang benar kata-kata Yesus: “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.” (Matius 5:3) Manusia mempunyai keperluan untuk mengenali Tuhan. Kita hanya dapat mengenali Tuhan menerusi Bible.

Jadi bagaimanakah pembelajaran Bible diadakan? Apakah manfaatnya? Soalan-soalan ini akan dijawab dalam rencana seterusnya.

^ per. 8 Yehuwa ialah nama Tuhan seperti yang tercatat di dalam Bible.