Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Thai Liang Lim/E+ via Getty Images

TERUSLAH BERJAGA-JAGA!

Lindungi Anak-Anak daripada Bahaya Media Sosial—Bagaimanakah Bible Dapat Bantu Ibu Bapa?

Lindungi Anak-Anak daripada Bahaya Media Sosial—Bagaimanakah Bible Dapat Bantu Ibu Bapa?

 “Krisis kesihatan mental di kalangan orang muda telah menjadi satu kecemasan, dan media sosial merupakan salah satu penyebabnya.”—Dr. Vivek Murthy, ketua kor perkhidmatan kesihatan awam Amerika Syarikat, New York Times, 17 Jun 2024.

 Bagaimanakah ibu bapa dapat melindungi anak-anak mereka daripada bahaya dalam media sosial? Perhatikan nasihat praktikal yang terkandung dalam Bible.

Apakah yang ibu bapa dapat lakukan?

 Perhatikan nasihat Bible berikut.

 “Orang yang bijak merenungkan setiap langkahnya.”—Amsal 14:15.

 Memandangkan terdapat risiko yang terlibat, anda mungkin memutuskan untuk tidak mengizinkan anak anda untuk guna media sosial. Janganlah biarkan pandangan orang lain untuk mempengaruhi keputusan anda. Sebelum membenarkan anak anda untuk menggunakan media sosial, pastikan bahawa dia cukup matang untuk mengikut had masa yang ditetapkan, membina persahabatan yang sejati, dan mengelakkan bahan yang tidak baik atau tidak senonoh.

 “Gunakanlah masa kamu dengan sebaik-baiknya.”—Efesus 5:16.

 Jika anda izinkan anak anda untuk guna media sosial, tetapkanlah peraturan tentang penggunaannya, dan jelaskan bagaimana peraturan itu dapat melindunginya. Anda harus peka terhadap perubahan kepada perangai anak anda yang mungkin menunjukkan dia perlu mengurangkan penggunaan media sosial.

Belajar lebih lanjut

 Bible kata kita sedang hidup pada “masa genting yang sukar dihadapi.” (2 Timotius 3:1-5) Pada masa yang sama, Bible menawarkan nasihat yang baik agar kita dapat menangani cabaran hari ini. Senarai yang mengandungi lebih daripada 20 bahan bacaan dan video yang berdasarkan Bible bagi ibu bapa dan anak-anak terdapat dalam rencana ini tentang kesihatan mental.